Skip to main content

Pusat Islam - Universiti Sains Malaysia

Pusat Islam

Universiti Sains Malaysia



    Terkini

      Pada 26 Jun 2025 (Khamis), Masjid Al-Malik Khalid telah menganjurkan Majlis Sambutan Awal…
    Masjid Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jaringan Komuniti telah menganjurkan satu…
      Masjid Al Malik Khalid telah menganjurkan satu Ceramah Perdana Maulidur Rasul bertaj…
    Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengatur bengkel dan latihan pengurusan ken…
    Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar ya…
    Sungai Dua, Pulau Pinang – Satu Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan pada 18 Mei 2025 bertempat…
      MELAKA, 25 Julai 2025 – Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) melakar pencapaian cemerla…

      Tinta Pengarah

      Ustaz Zyad Bin Zhari

      Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat serta seluruh umat Islam yang istiqamah dalam perjuangan agama hingga ke akhir zaman.

           Pusat Islam Universiti Sains Malaysia merupakan sebuah institusi penting dalam memacu pembentukan insan rabbani dalam kalangan warga kampus. Ia bukan sekadar pengurus kepada Masjid Al-Malik Khalid semata-mata, tetapi memainkan peranan yang jauh lebih besar—sebagai pemangkin kepada pembangunan rohani, intelektual, sosial dan kebajikan yang seimbang dan harmoni, berlandaskan ajaran Islam yang syumul.

      Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 18 yang bermaksud:
      “Sesungguhnya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa) melainkan kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk dalam golongan yang mendapat petunjuk.” Ayat ini menjadi pedoman dan dorongan utama kepada seluruh gerak kerja kami di Pusat Islam — untuk memastikan bahawa setiap inci usaha memakmurkan masjid dan Pusat Islam ini berjalan atas landasan iman, taqwa dan amanah.