Skip to main content

Pusat Islam - Universiti Sains Malaysia

Peperiksaan Percubaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK

Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang menduduki Peperiksaan Percubaan UPKK bermula 22 - 25 September 2025 pada tahun ini. Seramai 103 orang pelajar dari Kafa Integrasi Darul Quran Pusat Islam USM yang terlibat dalam peperiksaan percubaan ini. Sehubungan itu, Pusat Islam mendoakan agar semua pelajar dipermudahkan segala urusan dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.