Skip to main content

Pusat Islam - Universiti Sains Malaysia

    Our Story

    SEJARAH / INFO

    Hal Ehwal Islam (HELWA) ialah sebuah unit yang ditubuhkan di Pusat Islam Universiti Sains Malaysia untuk merancang dan melaksanakan program-program pembangunan modal insan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah di samping aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Program-program yang di susun meliputi pelbagai aspek seperti keilmuan, kemasyarakatan, kebajikan, ekonomi dan kesenian Islam.

    Pelantikan Ahli Jawatankuasa ini dilantik oleh Pengarah Pusat Islam setiap tempoh dua tahun bagi satu sesi pelantikan. Ahli Jawatankuasa ini terdiri dari wakil pelbagai Pusat Pengajian dan Jabatan yang sudi memberi khidmat serta sumbangan idea dan juga tenaga dalam membantu menjayakan hasrat murni Pusat Islam khususnya dan Universiti Sains Malaysia amnya. Jawatankuasa ini juga turut bekerjasama dengan persatuan-persatuan serta organisasi dalam dan luar kampus dalam menabur bakti kepada masyarakat secara sukarelawan.

    Hal Ehwal Islam (HELWA) ialah sebuah unit yang ditubuhkan di Pusat Islam Universiti Sains Malaysia untuk merancang dan melaksanakan program-program pembangunan modal insan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah di samping aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. program-program yang di susun meliputi pelbagai aspek seperti keilmuan, kemasyarakatan, kebajikan, ekonomi dan kesenian Islam.

    A Peek Into Our Sewing Atelier
    All Products Are Handmade With Care & Love
    We Use High Quality Sustainable Materials

    Hal Ehwal Wanita Islam (HELWA) merupakan satu unit khas yang ditubuhkan di bawah naungan Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) bagi memenuhi keperluan khusus pembangunan wanita Muslimah di kampus. HELWA berperanan sebagai medium penggerak dalam merancang dan melaksanakan program Pembangunan insan berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah.  

    Penubuhannya bertitik tolak daripada kesedaran akan pentingnya menyediakan ruang dan sokongan kepada golongan wanita dalam aspek pembinaan jati diri, keilmuan, kepimpinan, sahsiah, kerohanian,  Kebajikan, Kekeluargaan, ekonomi, Kesihatan, Kecantikan, kemayarakatan dan kesenian Islam sejajar dengan nilai-nilai Islam.

    Pengenalan

     

     

    Organisasi

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum

    Peranan

    Peranan HELWA Pusat Islam USM

    • Membina sahsiah Muslimah yang unggul melalui program kerohanian, pendidikan dan kemasyarakatan.
    • Memperkasa kepimpinan wanita dengan menyediakan platform latihan dan pendedahan kepada bakat kepimpinan dalam kalangan mahasiswi.
    • Menjadi suara dan penaung kebajikan wanita, terutama dalam isu-isu berkaitan keselamatan, kesihatan mental, hak wanita dan kekeluargaan.
    • Menyediakan bimbingan rohani dan moral yang sesuai dengan tuntutan syariat dalam konteks kehidupan kampus moden.
    • Menghubungkan komuniti wanita USM dengan masyarakat luar melalui aktiviti kesukarelawanan dan jaringan dakwah.

    Objektif

    • Merancang dan melaksanakan program pembinaan jati diri, keilmuan, kepimpinan, sahsiah, kerohanian, Kebajikan, Kekeluargaan, ekonomi, Kesihatan, Kecantikan, kemayarakatan dan kesenian Islam
    • Membentuk identiti wanita Muslimah yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing selaras dengan tuntutan Islam.
    • Membangun platform sokongan sosial dan spiritual kepada warga kampus (Wanita) dalam menghadapi cabaran kehidupan kampus.
    • Mengukuhkan silaturrahim dalam kalangan staf, pelajar dan Masyarakat sekitar (qaryah)
    • Mengarusperdanakan suara wanita dalam pembangunan komuniti kampus Islamik dan progresif.
    • Mewujudkan persekitaran kampus yang selamat, sejahtera dan beretika khususnya dalam ruang-ruang melibatkan wanita.
    • Mengukuhkan tenaga kerja berpasukan melalui jaringan bersama agensi luar (Kerjasama pintar)

    Misi

    Melahirkan Muslimah yang mempunyai daya intelek pemikiran bestari melalui penyebaran ILMU dan AL-HAQ (Kebenaran) serta pendekatan dakwah yang berhikmah kearah merealisasikan Amanah sebagi umat terbaik “KHAIRA UMMAH” serta komitmen yang kukuh terhadap aspirasi agama, Universiti dan Negara.

    Jawatankuasa HELWA

    Jawatankuasa HELWA dipengerusikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam dan dianggotai oleh wakil-wakil Jabatan tertentu (dalam university) yang dilantik oleh Pengarah Pusat Islam bagi tempoh 2 tahun.

    • KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WANITA
    • KURSUS INTENSIF HAJI & UMRAH (WANITA)
    • KURSUS KEMAHIRAN KULINARI
    • KURSUS KESIHATAN & KECANTIKAN
    • KULIAH BULANAN AGAMA WANITA
    • KULIAH/PENGAJIAN FIQH WANITA
    • KELAS TADARUS AL-QURAN WANITA
    • LAWATAN ILMIAH HELWA
    • LAWATAN DAKWAH/SAMBIL BELAJAR/UKHUWAH/MAHABBAH
    • SUKAN HELWA PUSAT ISLAM USM
    • ZIARAH AMAL HELWA
    • PROGRAM KEILMUAN BENGKEL BERKAITAN PEMBINAAN DAN PEMBANGUNAN JATI DIRI, KEILMUAN, KEPIMPINAN, SAHSIAH, KEROHANIAN, KEBAJIKAN, KEKELUARGAAN, EKONOMI, KESIHATAN, KECANTIKAN, KEMASYARAKATAN DAN KESENIAN ISLAM.
    • PROGRAM JALINAN UKHWAH WANITA
    • HELWA SANTUNI MASYARAKAT (KHIDMAT MASYARAKAT)
    • PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM
    • KHIDMAT NASIHAT DAN BIMBINGAN AGAMA
    • PENJANAAN EKONOMI
    • PENGURUSAN JENAZAH
    • RIADAH, REHLAH DAN REKREASI (3R)

    Pusat Islam,
    Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang

    Tel: 04-653 3910/3753 

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum