Skip to main content

Pusat Islam - Universiti Sains Malaysia

PROGRAM KOLABORASI JARINGAN KOMUNITI BERSAMA KEDIAMAN ABU NUR

Abu_Nur.png

Masjid Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jaringan Komuniti telah menganjurkan satu program kolaborasi bersama Kediaman Abu Nur di Pengkalan Hulu, Perak pada 30 Ogos 2025. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang ini melibatkan penyertaan penuh seluruh staf Pusat Islam USM dan anak-anak Kediaman Abu Nur.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini. Antara yang menjadi tumpuan ialah aktiviti bersama anak-anak Kediaman Abu Nur yang diuruskan oleh pelajar latihan industri Pusat Islam. Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada anak-anak untuk berinteraksi dengan lebih ceria dan membina, malah turut memperkukuh hubungan mesra antara pihak penganjur dengan komuniti setempat.

Selain itu, staf Pusat Islam turut bergotong-royong memasak bagi menyediakan hidangan bersama. Semangat kerjasama yang ditonjolkan dalam aktiviti ini mencerminkan nilai ukhuwah dan kepedulian sosial yang menjadi teras kepada program tersebut.

WhatsApp Image 2025 09 24 at 12.22.27

Secara keseluruhannya, program kolaborasi ini berjaya mencapai objektifnya dalam membina hubungan erat antara Masjid USM, jaringan komuniti, serta Kediaman Abu Nur. Ia diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam memperkukuh jaringan dakwah, kebajikan, dan khidmat masyarakat pada masa akan datang.

 ABUNUR 09 24 at 12.11.09 2