Skip to main content

Pusat Islam - Universiti Sains Malaysia

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WANITA ANJURAN MPKK SUNGAI DUA DENGAN KERJASAMA HELWA PUSAT ISLAM USM

Sungai Dua, Pulau Pinang – Satu Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan pada 18 Mei 2025 bertempat di Dewan MPKK Sungai Dua. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang ini dianjurkan oleh MPKK Sungai Dua dengan kerjasama HELWA Pusat Islam USM.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai tatacara pengurusan jenazah mengikut syariat Islam. Penganjuran program ini juga diharapkan dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan yang berkemahiran dalam membantu masyarakat apabila berlaku kematian.

5