FUNGSI SEKTOR PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT ISLAM
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
FUNGSI UTAMA PUSAT ISLAM USM
1. Mengurus dan mengimarahkan masjid serta surau kampus sebagai pusat ibadah, ilmu dan
penyatuan warga.
2. Menyelaras program hari kebesaran Islam di peringkat universiti secara berkesan dan teratur.
3. Melaksanakan khidmat keagamaan rasmi bagi menyokong agenda dan majlis rasmi universiti.
4. Bertindak sebagai pusat penasihatan, pematuhan syariah dan rujukan hal ehwal Islam kepada
warga universiti.
5. Menyampaikan pendidikan Islam, pembangunan sahsiah, sokongan kerohanian dan
kepimpinan kepada pelajar, staf dan komuniti.
6. Menyediakan khidmat pengasuhan serta pendidikan kerohanian untuk anak-anak warga
universiti dan komuniti setempat.
7. Menyelaras program Pengajian Sepanjang Hayat bagi memperkukuh ilmu dan
penghayatan Islam warga kampus serta kariah.
8. Mengurus kebajikan warga kampus termasuk pengurusan jenazah secara profesional dan
berhemah.
9. Menjalin jaringan dan kerjasama strategik dengan badan kerajaan, swasta, komuniti dan
alumni melalui program CSR, dakwah, sukarelawan dan kebajikan di dalam dan luar negara.
10. Membangunkan warga kampus melalui latihan kepimpinan, dakwah, kebajikan, sukarelawan
dan fasilitasi organisasi.
11. Mengurus sumber manusia, kewangan, fasiliti dan aset Pusat Islam secara cekap, telus dan
berdaya lestari.
12. Mengurus penyebaran maklumat dan dakwah melalui medium rasmi dan tidak rasmi,
termasuk media digital.
13. Merangka pelan strategik Pusat Islam yang selari dengan visi dan misi Universiti.
14. Melaksanakan tugas berdasarkan Key Performance Indicators (KPI) yang telah ditetapkan
oleh universiti.
15. Memastikan pematuhan kepada Perlembagaan, Statut, Kaedah dan Peraturan Universiti
dalam semua urusan.
16. Menyokong universiti dalam mempertingkatkan kecemerlangan pascasiswazah, penyelidikan
dan penerbitan.
17. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pihak universiti
