Skip to main content

Pusat Islam - Universiti Sains Malaysia

MISI

Misi Pusat Islam ialah mendidik dan memimpin umat manusia dengan cara terbaik bagi mencapai matlamat murni insan sebagai hamba dan khalifah Allah melalui penyebaran ilmu yang benar-benar berteraskan adab, kualiti, kecemerlangan dan usaha menggerakkan dan menginovasi ke arah umat terbaik "khaira ummah".

OBJEKTIF

Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia bercita-cita membina imej dan identiti baru ke arah objektif yang lebih segar dan bermaruah. Pusat Islam berharap mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak dalam usaha tersebut.

  • Menjadi pemangkin kepada pencapaian misi dan visi universiti
  • Membentuk pelajar, staf dan anggota masyarakat sekitar ke arah menjadi warganegara yang beriman dan bertaqwa
  • Menanam nilai-nilai murni dan universal berasaskan al-Quran dan al-Sunnah
  • Memelihara, mengawal dan memulihkan maruah Islam dan umatnya daripada sebarang pencemaran dengan meningkatkan aktiviti-aktiviti ekonomi, penyelidikan dan pembangunan serta penerbitan
  • Menjadi pusat yang melaksanakan prinsip Amal Makruf Nahi Munkar

MOTO

Sesuai dengan misi Pusat Islam dan untuk memulihkan imej dan meningkatkan mutu perkhidmatannya, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia melakukan anjakan paradigma dengan memperkenalkan moto untuk kakitangan dan umat Islam seluruhnya, iaitu:

"Khidmat Cemerlang Budaya Umat Terbilang"

STRATEGI

Bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan program yang dirancang, Pusat Islam telah menggariskan strategi komprehensif dalam pembangunan ummah untuk mencipta kecemerlangan sejagat.

Antara strateginya :

  • Membentuk pelajar, staf dan mayarakat sekitar ke arah generasi beriman dan bertaqwa melalui budaya ilmu, akhlak dan ibadah.
  • Menanam nilai-nilai murni dan universal berasaskan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.
  • Membimbing nilai-nilai murni dan universal berasaskan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.
  • Membimbing dan mendidik pelajar serta warga kampus Universiti Sains Malaysia untuk memehami dan menghayati ajaran Islam.
  • Menggerakkan warga kampus dan umat seluruhnya ke arah kehidupan cemerlang dunia dan akhirat. Berkhidmat dan berbakti kepada seluruh warga kampus universiti dan masyarakat sekitarnya.