

Misi Pusat Islam ialah mendidik dan memimpin umat manusia dengan cara terbaik bagi mencapai matlamat murni insan sebagai hamba dan khalifah Allah melalui penyebaran ilmu yang benar-benar berteraskan adab, kualiti, kecemerlangan dan usaha menggerakkan dan menginovasi ke arah umat terbaik "khaira ummah".

Zaman pemuda adalah kemuncak kekuatan dan kelazatan dalam hidup manusia. Pemuda dan kekuatan tidak dapat dipisahkan. Gagasan dan wawasan yang diimpikan akan dapat direalisasikan kerana warga muda memiliki segala - galanya. Fizikal yang kuat, minda yang hebat, semangat yang membara, berhati waja adalah begitu sinonim dengan usia muda.
Peranan pemuda amat besar dalam mencorakkan masa depan negara. Di atas pundak barisan pemuda adalah amanah kepimpinan negara pada masa hadapan. Sasterawan Islam Al-Gahazali pernah menukilkan : negara yang cemerlang pada masa hadapan adalah bermula dengan hakikat pemuda masa kini. Malang bagi sebuah negara Islam Malaysia apabila kita memiliki pemuda yang tidak mendaulatkan wawasan seperti diimpikan. Merempit, melepak, berkelakuan sumbang, gengsterism, dadah, jenayah dan menjuarai banyak lagi lapangan - lapangan negatif adalah paparan yang menggerunkan kepada negara kita pada masa hadapan.

| Sab Agus 14 @10:00 - 05:00PM Bengkel Imam dan Bilal |
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu) ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan yang salah" Al-Baqarah:185 |







![]() | Hari Ini | 66 |
![]() | Semalam | 1206 |
![]() | Minggu Ini | 4605 |
![]() | Minggu Lepas | 2399 |
![]() | Bulan Ini | 1879 |
![]() | Bulan Lepas | 19995 |
![]() | Jumlah pelawat | 1296775 |