Skip to main content

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Memperkenalkan konsep pengurusan jenazah secara holistik, bermula dari mengurus kehidupan yang Islami, adab-adab menyantuni pesakit dan waris si mati hinggalah tata cara mengurus ahli keluarga yang sakit, nazak dan kematian.

KURSUS INTENSIF IBADAH HAJI DAN UMRAH

Kursus 4-5 hari yang memberikan pendedahan secara ringkas serta persoalan semasa yang berkaitan haji dan umrah. Dikendalikan oleh pakar-pakar haji dan umrah.

KURSUS PRA PERKAHWINAN

Kursus yang ditawarkan kepada mahasiswa dengan kadar yuran yang rendah. Mengandungi silibus wajib yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Kursus dijalankan selama dua hari.

KURSUS PEMBANGUNAN INSANIAH S.T.A.F

Kursus pembangunan diri berteraskan sifat Nabi SAW. Mensasarkan golongan bekerja samada kerajaan mahupun swasta. Kursus ini mampu membangkitkan kesedaran dan mempertingkatkan kualiti kerja melalui pendekatan sunnah Nabi SAW.

KURSUS KAYA HARTA, KAYA JIWA

Kursus pengurusan harta secara Islam yang menekankan aspek keberkatan rezeki melalui budaya zakat, wakaf dan infaq. 

KURSUS SEMBELIHAN SYAR'IE

Kursus ini lazimnya dijalankan kepada sukarelawan Ibadah Qurban USM sebagai ulangkaji tahunan setiap kali menjelang Aidiladha. Kursus ini memberikan penerangan tentang isu-isu sembelihan semasa serta kaedah-kaedah moden yang digunakan dalam pengurusan binatang sembelihan.