Skip to main content
  • BILIK TAMU

    Bilik Tamu Depan

    Bilik Tetamu Pusat Islam USM menyediakan perkhidmatan sewaan bilik untuk orang ramai yang mengunjungi Universiti Sains Malaysia atas urusan rasmi atau peribadi. Terdapat enam buah bilik berkonsepkan minimalis disediakan yang boleh memuatkan dua orang. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik tidur berhawa dingin, bilik air, peti sejuk, televisyen dan lain-lain kelengkapan.

    Lokasi bilik tetamu adalah dalam kawasan Masjid USM yang mana berdekatan dengan pintu masuk USM sebelah Sungai Dua. Antara kemudahan sekitar yang ada ialah mesin ATM, kedai makan, pasar mini dan kedai dobi yang terletak di luar pagar USM. Bilik Tetamu dibuka kepada umum untuk tempahan, namun keutamaan diberikan kepada warga USM dan anak qaryah.

    Kadar sewaan adalah RM70.00 (bilik biasa) dan RM80.00 (bilik besar). Dengan kadar sewaan yang rendah, tempahan Bilik Tetamu sentiasa penuh terutama pada hari acara-acara utama USM dan hari kebesaran Islam. Selain itu, warga kampus cawangan USM juga turut mengambil peluang menginap di Bilik Tetamu apabila perlu hadir ke kampus induk.

    Bilik Tetamu turut menerima tempahan mengikut jam untuk tujuan rehat. Kadar tempahan ialah RM10 satu jam. Namun tempahan ini tertakluk sekiranya terdapat kekosongan bagi tempahan harian. Bagi sewaan jangka masa panjang pula, permohonan perlu dibuat secara bersurat atas nama Pengarah Pusat Islam USM.

    bilik tamu 6

    Untuk membuat tempahan, sila hubungi Sektor Pentadbiran & Pembangunan Imej Pusat Islam USM di talian 04-6533910 / 04-6533753. Bayaran sewa perlu dibuat secara tunai/online ke akaun Universiti Sains Malaysia 98986101400690 (CIMB).

     

    Bukti pembayaran perlu dibawa ketika mengambil kunci bilik di Pejabat Am Pusat Islam USM. Waktu check-in ialah 3.00 petang (Isnin-Khamis) dan 3.30 petang (Jumaat), manakala waktu check-out ialah 12.00 tengahari.

     

     

  • DEWAN MUZAKARAH

    Dewan Muzakarah Pusat Islam USM ialah fasiliti dewan tertutup berhawa dingin. Dewan ini berfungsi sebagai tempat untuk mengadakan wacana, kursus dan kelas pengajian. Dewan bersaiz sederhana ini mampu memuatkan 100 orang dalam satu masa.

    Dewan ini dilengkapi sistem siaraya, projector, penghawa dingin, papan putih, kerusi dan meja. Dewan ini aktif digunakan terutama sesi Kelas al-Quran Dewasa dan Persijilan Pengajian Islam. Selain itu, kursus-kursus peringkat USM juga turut dijalankan di sini.

    Dewan Muzakarah boleh disewa dengan kadar RM70.00 sejam. Bagi pelajar USM, dewan ini juga boleh digunakan secara percuma melalui permohonan kepada Pusat Islam USM.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sektor Keilmuan, Penyelidikan, Penerbitan dan Media Baru, Pusat Islam USM di talian 046533884

  • DAPUR PUSAT ISLAM

    Dapur Pusat Islam USM ialah fasiliti yang dibina untuk menyediakan masakan berskala besar. Ianya mampu mengurus masakan untuk lima ribu orang dalam satu masa. Fasiliti ini bermula sejak awal penubuhan Pusat Islam dengan menggunakan kayu api. Kini, Dapur Pusat Islam mempunyai unit dapur untuk empat kawah dan empat periuk berskala besar. Empat ruang utama yang ada di Dapur Pusat Islam ialah ruang memasak, ruang membasuh, ruang serbaguna dan bilik jamuan.

    Fungsi utama Dapur Pusat Islam ialah bagi menyediakan jamuan program-program Pusat Islam dan Masjid USM. Antara program yang aktif ialah hari-hari kebesaran Islam, jamuan Jumaat, kenduri kesyukuran aqiqah dan korban. Sepanjang bulan Ramadhan, Dapur Pusat Islam menyediakan juadah berbuka puasa untuk 2500 orang setiap hari. Selain itu, Dapur Pusat Islam juga menerima tempahan daripada pelbagai pihak yang ingin menggunakan fasiliti tersebut.Dapur Pusat Islam saban tahun memberikan manfaat yang besar kepada warga USM. Pelbagai pihak bekerjasama untuk menyediakan pelbagai jamuan sama ada berbentuk kebajikan, keraian dan kesyukuran.

  • BILIK JAMUAN

    Bilik Jamuan

  • ANJUNG QURBAN

    Anjung Qurban ialah satu ruang dewan terbuka yang dibangunkan
    untuk memudahkan pengurusan ibadah qurban. Ruangan bersaiz
    20 x 10 meter ini dikelilingi tembok setinggi satu meter dan
    dilengkapi bumbung, kipas dan lampu. Anjung Qurban berfungsi
    sebagai dewan terbuka dan juga boleh digunakan untuk ibadah
    korban.

    Semasa ibadah korban, dewan ini boleh diolah dengan memasang
    tiang-tiang untuk mengikat binatang sembelihan, lubang untuk
    sembelihan dan juga kandang. Untuk satu masa, kandang Anjung
    Qurban boleh memuatkan 40 ekor binatang sembelihan bersaiz
    besar. Ruang yang kondusif memberikan kemudahan kepada para
    petugas korban untuk menjalankan ibadah dengan lebih sempurna.

    Selain waktu korban, dewan ini digunakan untuk aktiviti sukan dan
    kenduri. Melalui penambahbaikan lanskap dan dalaman dewan,
    ruang ini mampu memberi manfaat yang lebih kepada para
    pengguna untuk menjalankan aktivit-aktiviti yang bersesuaian.

  • BILIK PENGURUSAN JENAZAH

    Pengurusan jenazah Masjid al-Malik Khalid USM merupakan salah satu daripada beberapa perkhidmatan komuniti yang terdapat dan disediakan oleh Pusat Islam USM dalam menunaikan tuntutan fardhu kifayah. Perkhidmatan ini merangkumi semua aspek pengurusan yang melibatkan urusan kematian dari segi tuntutan jenazah daripada pihak hospital atau waris, memandikan, mengafankan serta penghantaran jenazah.

    Pengurusan jenazah diwujudkan adalah sebagai memenuhi tuntutan ibadah fardhu kifayah dan perkhidmatan ini adalah untuk memudahkan pengurusan pihak waris atau keluarga dan USM dalam memberi sumbang khidmat kepada memastikan semua pengurusan yang melibatkan kematian berjalan dengan baik dan lancar. Fungsinya adalah sebagai satu perkhidmatan wajib yang disediakan oleh pihak Masjid dan Pusat Islam dalam memudahkan setiap urusan berkaitan kepada staf, pelajar, keluarga dan anak qaryah Masjid Al Malik Khalid USM. Perkhidmatan ini sangat diperlukan oleh setiap individu apabila berlakunya kematian dan ia sebagai pemudahcara kepada membantu individu yang memerlukan perkhidmatan ini.

    Antara sumbangan utama adalah pengurusan jenazah ialah memberi perkhidmatan caj semua pengurusan secara percuma kepada warga kampus dan qaryah. Perkhidmatan ini disediakan daripada dana Tabung Kebajikan yang disediakan di Masjid AlMalik Khalid USM. Antara salah satu kemudahan yang digunakan melalui tabung ini adalah membantu dan menyumbang pengurusan jenazah secara percuma. Dalam masa yang sama membantu meringankan beban waris dan keluarga. Semua kos pengurusan dibiayai oleh pihak Masjid.

    Antara kemudahan Pengurusan Jenazah yang disediakan dari segi fasiliti dan perkhidmatan adalah seperti berikut :
    i. Bilik Pengurusan Jenazah
    ii. Pengurusan Mandi dan Kafan
    iii. Pembuatan Keranda
    iv. Kenderaan Jenazah
    v. Ruang Meletakkan Jenazah
    vi. Penghantaran Jenazah Ke Lokasi Jenazah
    vii. Mengurus Tanah Perkuburan/Pengebumian

    Permohonan pengurusan perkhidamatan ini terbuka selama 24 jam setiap hari dengan pihak yang memerlukan perkhidmatan boleh terus menghubungi secara terus ke Pusat Islam USM atau melalui beberapa pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan perkhidmatan ini.

     

  • KAFE LALUAN RAHMAH

    Kafe Laluan Rahmah (KLR) diwujudkan bagi menjalankan aktiviti perniagaan terutamanya kepada tetamu Masjid. KLR membuka peluang perniagaan kepada asnaf pelajar, staf dan anak qaryah untuk mempertingkatkan taraf kehidupan mereka. Dalam masa yang sama kewujudan KLR memudahkan pengunjung bagi mendapatkan keperluan mereka. Terdapat 10 kiosk perniagaan yang boleh disewakan dalam kalangan peniaga asnaf qaryah dan asnaf pelajar USM. Buat masa ini KLR dalam proses naik taraf tapak dan bumbung bagi menambah keselesaan pengunjung dan peniaga.

  • HELWA MUSLIMAH SPA

    HELWA Wellness Muslimah Spa ni memberi pelbagai perkhidmatan rawatan muka dan badan bagi memenuhi permintaan kaum wanita yang ingin tampil cantik dalaman
    mahupun luaran. Spa ini telah julung kalinya dibuka ketika Sambutan 40 Tahun Masjid Al-Malik Khalid USM. Rawatan yang diinginkan perlu lah mengadakan temujanji khas agar kesan rawatan yang diberikan memberikan kepuasan kepada pelanggan. Tukang Urut & Terapi merupakan seorang yang bertauliah dan mempunyai sijil professional
    dan pengalaman yang banyak dalam bidang urutan tradisional dan juga moden.

     

     

  • ANJUNG PENGANTIN

    akan datang

  • AL-MALIK MINI MART

    akan datang

  • KAFA AT-TOUB

    Bilik berhawa dingin dengan suasana ala-ala Andalusia sesuai untuk program berskala kecil, kursus dan bina pasukan.