Skip to main content
  • AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

    PENGENALAN

    Ramadhan datang lagi, membawa pelbagai ganjaran dan rahmat yang sentiasa dinanti dan di tagih oleh segenap ummat manusia.

    Ramadhan bulan mulia ini didatangkan dengan pelbagai menu maghfirah untuk semua. Puasa, sahur, tarawikh, tadarrus al-quran, tadabbur, tazkirah, zakat, sedeqah, qiamullail, tahajjud, witir, Lailatul Qadar dan pelbagai lagi amalan dan ibadah yang menjamin penjanaan pahala buat semua.

    Segala yang disediakan itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk saham akhirat kepada sesisapa jua yang sangat mendambakan bekalan untuk hari Akhirat nanti.

    Pusat Islam USM Kampus Kejuruteraan dan Jawatankuasa Aktiviti Ramadhan Kampus Kejuruteraan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan tahun ini merupakan tetamu terbaik dalam hidup kita. Selamat menghayati Ramadhan al-Mubarak dan beroleh kerahmatan, keampunan dan pelepasan dari api neraka.