Skip to main content

Pusat Islam - Universiti Sains Malaysia

Masjid Al-Malik Khalid USM

Masjid Al-Malik Khalid, Pusat Islam USM dirasmikan pada 2 September 1983 dan menjadi syiar Islam di USM Kampus Induk, Pulau Pinang. Selain berfungsi sebagai masjid institusi, Masjid USM juga diiktiraf sebagai Masjid Kariah oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan bertanggungjawab mengurus keperluan serta kebajikan anak kariah disamping staf dan pelajar USM.

Aktiviti rutin Masjid USM merangkumi pengurusan ibadah solat fardhu lima waktu secara harian, solat fardhu Jumaat secara mingguan, solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha secara tahunan. Selain itu, Masjid USM juga mengambil berat aspek keilmuan dengan menganjurkan kuliah pengajian agama khususnya Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh. Tidak ketinggalan, Masjid USM turut mengadakan program khas seperti ceramah beserta jamuan bersempena hari-hari kebesaran Islam seperti Hilal Ramadhan, Aidilfitri, Aidiladha, Maulidurrasul, Awal Muharram dan lain-lain lagi.

Antara kemudahan yang terdapat di Masjid USM ialah ruang solat dua tingkat yang boleh memuatkan 3,000 orang dalam satu masa. Terdapat ruang wudhu’ lelaki dan wanita, tandas, laluan mesra OKU, bilik pengurusan jenazah, bilik tetamu, anjung nikah dan kawasan parkir yang luas. Terdapat juga ruang aktiviti ekonomi di luar masjid dan ruang serbaguna kepada jemaah.

Masjid Medan Kebajikan

Antara bentuk sumbangan yang disediakan oleh pihak Masjid USM ialah khairat kematian (khas untuk anak kariah dan warga USM), sumbangan kecemasan, tajaan aktiviti/program, sumbangan Kit Maidatur Rahman (makanan asas), Kit Ready To Eat (RTE), sumbangan Back To School, bantuan pendidikan (anak qaryah) serta jamuan tengahari kepada jemaah Solat Jumaat.

Untuk memohon sumbangan daripada Masjid USM, borang permohonan boleh didapati di Pejabat Am Pusat Islam USM. Pemohon perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan sebelum dihantar semula untuk kelulusan sumbangan.

Masjid USM juga menyediakan perkhidmatan kepada warga USM dan kariah untuk membuat pinjaman peralatan masjid untuk aktiviti ibadah dan sosial seperti tikar gulung, sejadah, kain telekung, mashaf al-Quran dan surah Yasin. Selain itu terdapat juga peralatan-peralatan lain yang boleh dipinjam bergantung kepada keperluan dan kelulusan pihak Masjid.

Tinta Pengerusi Qaryah

Pusat Islam USM merupakan sebuah pusat perkhidmatan yang memberi fokus untuk menyantuni insani warga USM dan Qaryah Masjid Al Malik USM dengan menawarkan perkhidmatan berteraskan Hal Ehwal Islam yang terbaik buat seluruh keluarga USM di Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan IPPT.

Dengan anggaran data, Pusat Islam USM perlu menyantuni semua kampus kepada hampir 30,000 pelajar, 10,000 staf, 5,000 keluarga qaryah juga komuniti setempat dengan fokus untuk memberi kualiti perkhidmatan terbaik buat ummah sejagat.

Selari misi dan visi USM iaitu sebuah universiti penyelidikan yang menawarkan penyelidikan rentas bidang telah berjaya merangkul status Universiti Apex pada tahun 2008 dengan bertemakan mentranformasikan golongan terkebawah untuk mengangkat sosio ekonomi mereka demi kelestarian hari esok, maka Pusat Islam USM amat komited mengembangkan bakat seluruh warga USM menuju cita dan impian berteraskan pengembangan berkhidmatan hal ehwal Islam yang bertunjangkan jati diri pasukan Pusat Islam USM merentasi kampus yang berjumlah 50 orang, 25 orang di Induk, 8 orang di Kejuruteraan, 15 orang di Kelantan dan 2 orang di Bertam dengan didukung kuat oleh Pasukan Sukarelawanan Ramadhan, Pasukan My Pusat Islam USM, Pasukan Sahabat Masjid, Pasukan Team Insani serta hampir 20 jawatankuasa bagi menjayakan misi dan visi Pusat Islam USM untuk mencapai Pusat Perkhidmatan Cemerlang dan Terbaik buat USM.

Menyoroti tahun 2019 hingga 2021, Pusat Islam USM telah meletakkan sasaran untuk lebih fokus kepada kepada:

1) Menyantuni Insani

2) Penjanaan Berhikmah dan

3) Keseimbangan Gaya Hidup

Kini, bagi menjayakan fokus menjelang 3 tahun mendatang (2022 sehingga 2024) Pusat Islam USM komited memberi kecemerlangan perkhidmatan terbaik untuk mencapai 3 teras utama :

Teras 1 : Menginsankan Hal Ehwal Islam 

Teras 2 : Menyantuni Keluarga Sihat Gaya Rasulullah

Teras 3 : Keseimbangan Dunia Akhirat Melalui Ilmu, Hikmah dan Penyelidikan Perkhidmatan

Dengan 3 teras utama ini, semoga pencapaian dan sasaran Pusat Islam USM dalam menjadi Pusat Perkhidmatan Cemerlang dan Terbaik bakal mencapai tujuan dengan garis masa dan impian perancangan pengembangan hal ehwal Islam yang lebih dinamik dan memenuhi keperluan ummah dan warga USM.

Firman Allah dalam Surah Al – Baqarah ayat 201 yang bermaksud : “Dan di kalangan mereka ada yang berdoa “Ya tuhan kami, berikan kami hasanah (kebahagiaan) di dunia dan hasanah (kebahagiaan) di akhirat dan selamatkan kami dari azab api neraka”.

Oleh : Mohammad Shukri Bin Osman

Visi & Misi

MISI 

Mendidik dan memimpin umat manusia dengan cara terbaik bagi mencapai matlamat murni insan sebagai hamba dan khalifah Allah melalui penyebaran ilmu yang benar-benar berteraskan adab, kualiti, kecemerlangan dan usaha menggerakkan dan menginovasi ke arah umat terbaik "khaira ummah".

MOTO

Sesuai dengan misi masjid dan untuk memulihkan imej dan meningkatkan mutu perkhidmatannya, Masjid Al Malik Khalid Pusat Islam Universiti Sains Malaysia melakukan anjakan paradigma dengan memperkenalkan moto untuk kakitangan dan umat Islam seluruhnya, iaitu:

"Khidmat Cemerlang Budaya Umat Terbilang"

Carta Organisasi

Pegawai Masjid

USTAZ MOHAMMAD SHUKRI BIN OSMAN

PENGERUSI

Tel: (604)6533011
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pegawai 2

Name 2

Tel: (604)6536172
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pegawai 2

Name 3

Tel: (604)6536172
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pegawai 2

Name 3

Tel: (604)6536172
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

5S

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum

Title

Title

Title

Sejarah

Rancangan untuk membina sebuah Balai Islam di kampus USM Pulau Pinang telah mula dibincangkan pada akhir tahun 1972. Berikutnya pada awal 1973, satu memorandum tentang cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Naib Canselor USM yang pertama iaitu Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir. Dalam hal ini, peranan besar telah dimainkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) USM. Menurut cadangan yang dibuat, Balai Islam yang dibina kelak akan didirikan atas konsep masjid yang pernah diasaskan oleh Rasulullah SAW. Hal ini bermakna, penggunaan masjid itu haruslah diperluaskan bagi memenuhi kedudukannya yang sebenar sebagai sebuah pusat ibadah, pendidikan, pertemuan dan sebagainya.

Sehubungan dengan hasrat tersebut, maka USM pun mengemukakan rancangannya kepada kerajaan Malaysia. Lanjutan itu, Tun Haji Abdul Razak Datuk Husain, Perdana Menteri Malaysia ke-2 telah bersetuju untuk menjadi penaung pada rancangan tersebut. Persetujuan ini telah dinyatakan olehnya dalam sepucuk surat bertarikh 10 Januari 1973. Sejajar dengan itu, rancangan ini telah dimasukkan ke dalam pelan raksasa dan peruntukannya dipohon daripada rancangan Malaysia ke-2 yang berjumlah RM 350,000.

Walau bagaimanapun, projek ini hanya mendapat perhatian serius pada tahun 1977 setelah Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Di USM, perubahan kepimpinan turut berlaku apabila Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir dilantik sebagai Naib Canselor USM yang Ke-2. Sebaik sahaja dilantik, beliau memberikan tumpuan pada projek ini. Usaha untuk memperoleh bantuan dana kewangan daripada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi giat dijalankan. Sheikh Abdul Rahman Ghannam al-Ghannam yang bertugas di Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur berjaya mendapat bantuan kewangan 1.5 juta daripada Kerajaan Arab Saudi untuk disalurkan kepada projek ini.

Perkhidmatan

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut…
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut…
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut…
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut…
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut…

Projek Masjid

Projek Kerjasama

Infaq 1

Infaq 2