Skip to main content

Sejarah

Masjid Al-Malik Khalid Pusat Islam USM dirasmikan pada 2 September 1983 dan menjadi mercu agama Islam di kampus induk Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Selain berfungsi sebagai masjid institusi, Masjid USM juga diiktiraf sebagai masjid kariah oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan bertanggungjawab mengurus keperluan anak kariahnya. Aktiviti rutin Masjid USM merangkumi pengurusan ibadah solat fardhu lima waktu setiap hari, solat Jumaat, solat sunat Hari Raya. Selain itu, Masjid USM menyediakan kuliah pengajian agama setiap hari bekerja selepas solat Maghrib dan selepas solat Subuh pada hujung minggu. Masjid juga menganjurkan program ceramah dan jamuan kesyukuran bersempena hari-hari kebesaran Islam dan program khas Ramadhan dan korban setiap tahun. Antara kemudahan yang terdapat di Masjid USM ialah ruang solat yang boleh memuatkan 3,000 orang dalam satu masa. Terdapat juga ruang wudhu’ lelaki dan wanita, laluan OKU, bilik pengurusan jenazah, bilik air dan kawasan parkir yang luas. Terdapat juga ruang aktiviti ekonomi di luar masjid dan ruang serbaguna.