- Program Persijilan Islam (PPI)
- Kuliah Pengajian Al-Quran & Tajwid Dewasa
- Kursus Intensif Haji & Umrah
Program Persijilan Islam (PPI)
PERSIJILAN PENGAJIAN ISLAM
Program Persijilan Islam (PPI) diperkenalkan oleh Pusat Islam USM pada tahun tahun 2017.PPI diwujudkan untuk memberi peluang kepada golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas untuk mendalami ilmu Pengajian Islam seperti Pengantar Fiqh,Aqidah dan Akhlak Islamiyah,Ulum Hadis ,Ulum Quran,Fiqh Ibadat dan sebagainya
Para peserta adalah terdiri daripada golongan dewasa yang berkelapangan. Ianya menjadi platfrom untuk melatih kemahiran mengajar dan mengamalkan ilmu pengajian islam yang dikuasi di samping menambah penglibatan sosial warga Pusat Islam dengan warga kampus dan masyarakat luar.Para pelajar akan mendapat sijil graduasi dan diraikan di Majlis Graduasi Akademi Baitul Hikmah
Kuliah Pengajian Al-Quran & Tajwid Dewasa
Secara ringkasnya, Pusat Islam USM memulakan Program Keilmuan secara rasminya pada tahun 2010 dan Kelas Pengajian Al-Quran & Tajwid Dewasa (KPATD) telah diperkenalkan dan dihadiri seramai 30
orang peserta yang terdiri daripada kalangan staf, mahasiswa dan masyarakat luar.
KPATD diwujudkan untuk memberi peluang kepada golongan dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas mendalami ilmu Al-Quran dari segi
tajwid, talaqqi, tarannum dan sebagainya. Ianya Menjadi platform untuk melatih kemahiran mengajar dan mengamalkan ilmu Al-Quran, menambah penglibatan sosial warga kerja Pusat Islam dan masyarakat luar. Pelajar KPATD terdiri daripada staf USM, pesara, pelajar USM dan masyarakat luar.
KPATD menyediakan guru bertauliah bermula dari asas Iqra sehingga tarannum. Pelajar yang lulus berpeluang mendapat sijil dan diraikan Majlis Graduasi Akademi Baitul Hikmah. Selain itu, mereka juga boleh memohon tauliah mengajar daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang.
Kursus Intensif Haji & Umrah
Kursus Intensif Haji & Umrah merupakan salah satu perkhidmatan yang telah lama di tawarkan oleh Pusat Islam USM. Kursus ini terbuka kepada wraga USM dan masyarakat luar. Kursus yang ditawarkan selama 4 atau 5 minggu dibimbing oleh Penceramah Umrah dan Haji yang berpengalaman.


