Secara ringkasnya, Pusat Islam USM memulakan Program Keilmuan secara rasminya pada tahun 2010 dan Kelas Pengajian Al-Quran & Tajwid Dewasa (KPATD) telah diperkenalkan dan dihadiri seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kalangan staf, mahasiswa dan masyarakat luar.
KPATD diwujudkan untuk memberi peluang kepada golongan dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas mendalami ilmu Al-Quran dari segi tajwid, talaqqi, tarannum dan sebagainya. Ianya Menjadi platform untuk melatih kemahiran mengajar dan mengamalkan ilmu Al-Quran, menambah penglibatan sosial warga kerja Pusat Islam dan masyarakat luar. Pelajar KPATD terdiri daripada staf USM, pesara, pelajar USM dan masyarakat luar.
KPATD menyediakan guru bertauliah bermula dari asas Iqra sehingga tarannum. Pelajar yang lulus berpeluang mendapat sijil dan diraikan Majlis Graduasi Akademi Baitul Hikmah.