Skip to main content

bilik tamu 6

 Bilik Tetamu dibuka kepada umum untuk tempahan, namun keutamaan diberikan kepada warga USM dan anak qaryah. Kadar sewaan adalah RM70.00 (bilik biasa) dan RM80.00 (bilik besar). Dengan kadar sewaan yang rendah, tempahan Bilik Tetamu sentiasa penuh terutama pada hari acara-acara utama USM dan hari kebesaran Islam. Selain itu, warga kampus cawangan USM juga turut mengambil peluang menginap di Bilik Tetamu apabila perlu hadir ke kampus induk.

Bilik Tetamu turut menerima tempahan mengikut jam untuk tujuan rehat. Kadar tempahan ialah RM10 satu jam. Namun tempahan ini tertakluk sekiranya terdapat kekosongan bagi tempahan harian. Bagi sewaan jangka masa panjang pula, permohonan perlu dibuat secara bersurat atas nama Pengarah Pusat Islam USM. Untuk membuat tempahan, sila hubungi Sektor Pentadbiran & Pembangunan Imej Pusat Islam USM di talian 04-6533910 / 04-6533753

Bayaran sewa perlu dibuat secara tunai/online ke akaun Universiti Sains Malaysia 98986101400690 (CIMB).

Bukti pembayaran perlu dibawa ketika mengambil kunci bilik di Pejabat Am Pusat Islam USM. Waktu check-in ialah 3.00 petang (Isnin-Khamis) dan 3.30 petang (Jumaat), manakala waktu check-out ialah 12.00 tengahari. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://pusatislam.usm.my/fasiliti/masjid-biliktetamu