Skip to main content

    PENGENALAN DAN SEJARAH

    Pusat Islam Universiti Islam Malaysia memulakan Program Keilmuan secara rasminya pada tahun 2010. Pada permulaannya, Kelas pengajian Al-Quran dewasa diperkenalkan dan dihadiri seramai 30 orang peserta dad kalangan staf, mahasiswa dan masyarakat luar. Namun demikian, sambutan dari warga kampus dan masyarakat luar terhadap kelas pengajian tersebut amat memberangsangkan. Banyak pertambahan dari sudut bilangan pelajar dan kelas. Bagi mewujudkan budaya keilmuan yang berkesinambungan itu, Pusat Islam mewujudkan program Persijilan Pengajian Islam (PPI) khususnya bagi lepasan Kelas Pengajian al-Qur'an Dewasa. Skop ilmu yang ditawarkan melibatkan kombinasi ilmu-ilmu Usuluddin, Syariah, Pengajian al-Qur'an dan Bahasa Arab. Selain itu juga kursus-kursus elektif seperti Tahfiz al-Quran, Ilmu Falak dan Falsafah Sains Islam juga bakal diwujudkan. Pelajar-pelajar juga berpeluang mengikuti aktiviti-aktiviti keilmuan lain secara berkala yang dianjurkan oleh Pusat Islam seperti pengurusan jenazah, kursus imam dan khatib, penyembelihan serta lain-lain sebagai meningkatkan kemahiran diri. PPI menyediakan tenaga pengajar yang pakar dalam bidang masing-masing untuk memastikan pelajar menguasai sepenuhnya ilmu yang disampaikan dalam kuliah-kuliah sepanjang pengajian. Untuk itu, Pusat Islam USM berbesar han mengembangkan program persijilan ini ke seluruh zon utara dan memberi sumbangan ilmu berterusan kepada masyarakat.

    • 1. Menyediakan kemudahan kepada warga kampus dan masyarakat luar untuk meningkatkan ilmu-ilmu Islam.

      2. Memberi galakan kepada warga kampus dan masyarakat luar agar mendalami ilmu-ilmu Islam turaht secara lebih formal.

      3. Meningkatkan tahap ilmu serta kefahaman Islam kepada warga kampus dan masyarakat luar.

      4. Merealisasikan Pusat Islam sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu bercirikan Baitul Hikmah dan al-Andalus

      5. Menambah penglibatan sosial Pusat Islam kepada warga kampus dan masyarakat luar.

    • Pengajian Islam harus disebarkan melalui falsafah IQRA' (Bacalah) dalam iklim kegemilangan tamadun ilmu sebagai elemen asas pembentukan khaira ummah yang menjunjung tinggi disiplin ilmu-ilmu al-wahyu.

    • MOTO

      "MEMPERKASA PERADABAN INTELEKTUAL MUSLIM"

      VISI

      Menjulang budaya tamadun ilmu dalam masyarakat yang berkemahiran dalam disiplin ilmu-ilmu al-wahyu dan berkeyakinan mengamalkan dan menyampaikan ilmu sebagai pemangkin membina kegemilangan tamadun ummah.