Skip to main content

KAFA INTEGRASI DARUL QURAN

UNIT KAFA INTEGRASI DARUL QURAN

 Latar Belakang

 Ditubuhkan pada tahun 1983.
 Perbelanjaan mengurus Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) USM dibantu oleh Majlis
Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di bawah Skim Projek Guru KAFA.
 Penubuhannya bagi memenuhi keperluan anak staf, anak pelajar dan anak qaryah
Masjid Al-Malik Khalid untuk mendapat pendidikan Al-Quran dan fardhu ain.

 Objektif

 Mengajar dan mendidik murid-murid supaya boleh dan mahir membaca Al-Quran
dengan baik melalui kaedah yang khusus.
 Membimbing murid supaya memahami dan mahir dalam asas-asas ilmu tajwid.
 Mendidik murid-murid menghayati akhlak dan cara hidup Islam berpandukan Al-Quran
dan As-Sunnah.
 Mendidik murid tentang asas fardhu ain dan fardhu kifayah untuk amalan kehidupan
mereka.

 Kemasukan Kelas KAFA Integrasi Darul Quran

 Menerima murid-murid berumur 7 tahun hingga 11 tahun.
 Keutamaan diberi kepada anak-anak staf dan anak-anak pelajar USM dan juga anakanak qaryah Masjid Al-Malik Khalid.

 Pembelajaran Al-Quran Kaedah Qiraati

 Pelajar ditempatkan dalam kumpulan mengikut tahap bacaan.
 Semua pelajar baru perlu bermula dengan Tahap 1 (Buku 1).
 Diteruskan ke tahap seterusnya mengikut tahap bacaan pelajar.

Waktu Perkhidmatan

 Isnin – Jumaat
 8.00 am – 11.00 am & 2.30 pm – 5.30 pm
 Sabtu, Ahad & Pelepasan Am – Cuti

 Yuran

 Tahunan – RM60.00
 Bulanan – RM35.00