Al-Malik Square adalah projek pembinaan ruang tambahan masjid. Ruang ini terbuka dan mempunyai fungsi pelbagai. Tujuan asal projek ini adalah bagi menampung pengunjung masjid yang ramai terutamanya solat Jumaat. Dengan rekabentuknya yang terbuka, ruang ini juga sesuai untuk acara-acara lain seperti acara pentas, jamuan, pameran, jualan dan ruang menunggu. Anggaran kos pembinaan adalah sebanyak RM2 Juta sahaja.