PROJEK
PROJEK
INFAQ BOOSTER
Sukacita dimaklumkan Masjid Al Malik Khalid dibawah Jawatankuasa Projek Infaq Booster 1443H/2021 telah melancarkan Projek Infaq Booster Tabung Masjid Al Malik Khalid dalam hasrat menstabilkan kembali tabung masjid yang sekian lama sunyi dari tangan penyumbang kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara akibat bencana COVID-19. Namun begitu, Masjid Al Malik Khalid USM tidak pernah terhenti untuk memanjangkan bantuan demi kesejahteraan dan kebajikan warganya USM serta komuniti qaryah yang dikasihi.
Sehubungan itu, Projek Infaq Booster Tabung Masjid Al Malik Khalid ini dibangunkan dengan berpandukan empat (4) teras utama aktiviti masjid iaitu; Ibadah, Imarah Ilmiah dan Insaniyyah (4I) yang mensasarkan jumlah kutipan sebanyak RM100,000.00 bagi keseluruhan program tersebut
Seperti Y. Bhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak masjid untuk mendapatkan sumbangan bagi menampung aktiviti rutin masjid namun hasilnya tidak mencukupi kerana kehadiran jemaah telah dihadkan mengikut kapasiti masjid sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Justeru, projek ini diharap dapat memberi sinar baru untuk merencana serta menggerakkan projek 4I untuk kemaslahatan warga kampus dan komuniti qaryah.
Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa dengan rendah hati ingin memohon sumbangan daripada Y. Bhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan bagi menjayakan hasrat ini dengan menyalurkan infaq ke butiran akan seperti berikut:
Nama Bank: Bank Muamalat
Nama Akaun: Tabung Jawatankuasa Qaryah Masjid Al-Malik Khalid
No Akaun: 0702-0000278-71-8
Sebarang persoalan atau cadangan boleh disalurkan kepada Ustaz Mohd Fakrur Amirul Bin Mohd Rodzi, Bendahari Masjid Al Malik Khalid ditalian 04-653 3753 atau 013-7444214.
Semoga sumbangan atas keprihatinan Y. Bhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan diberikan ganjaran pahala serta diberkati Allah SWT di dunia dan akhirat kelak. Perhatian dan sokongan daripada pihak Y. Bhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan kami sanjung tinggi dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.