• e banner

  • One Stop Centre

  • Infaq Ramadan Banner

  • Banner Program Infaq Ramadhan

  • Akademi baitul Hikmah

  • Light Purple and White Fashion Back to Business Landscape Banner 1800 x 400 px 1080 x 400 px 1200 x 400 px

Pengarah MSO

Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), ditubuhkan lebih tiga dekad yang lalu sebagai pusat perkhidmatan dengan visi dan objektif yang jelas iaitu menjadi pemangkin kepada pencapaian visi, misi dan aspirasi universiti. Sejak ditubuhkan Pusat Islam menjadi nadi terhadap agenda perubahan untuk menjulang tamadun ilmu dan peradaban manusia selari dengan ajaran Islam dan misi Universiti Sains Malaysia.

“Change is the new word for the brave,” Perubahan adalah istilah baharu dalam kamus orang yang berani. “The world is changing and the demands on higher education is changing. To be relevant we have to accept that change is inevitable. If you ignore change you will be ignored.” (Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM)

Pusat Islam harus bijak memahami perubahan dan tuntutannya untuk kekal releven. Jika kita ketepikan perubahan kita akan diketepikan. Sejajar dengan kenyataan ini, Pusat Islam menyahut cabaran untuk berubah dalam aspek jiwa dan minda warganya bagi menghadapi cabaran abad ke 21 yang menjanjikan landskap persekitaran yang lebih sukar serta memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi. Justeru, Pusat Islam yakin bahawa generasi ummah perlu direkabentuk (design) dan tidak boleh lagi diserahkan kepada kemungkinan. We need to prepare for Malaysia’s future generation by DESIGN and no longer by CHANCE.

Perubahan ini juga menuntut agar kita melihat kembali kandungan serta pendekatan dalam penyampaian dalam pembinaan pemegang taruhnya. Ia perlu kepada sesuatu yang boleh melahirkan warga yang seimbang antara ilmu dan akhlak, bercirikan nilai, berpengetahuan, restas disiplin, pelbagai bahasa dan keusahawanan.

Melihat kepada keperluan ini adalah wajar kita sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah swt dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. kembali kepada pedoman dan panduan al-Quran serta rujukan al-Sunnah dalam usaha mencari petunjuk bagaimana manhaj atau metodologi dalam mengurus dan juga memimpin perubahan. Perubahan ini juga menuntut kita melihat kembali ilmu yang kita ada dan perlu Learn, Un-Learn, Re-Learn and Co- Learn.

Kita sedar dan insaf bahawa mengubah ataupun membetulkan cara fikir dan paradigma manusia zaman ini jauh lebih mencabar dibandingkan dengan zaman-zaman sebelum ini. Teknologi maklumat global ini telah menjadikan pemikiran manusia begitu rencam dan bermacam. Oleh itu, tidak memadai sekadar berceramah, berforum dan berseminar untuk menyelesaikan isu kefahaman masyarakat. Pembinaan semula jiwa dan minda masyarakat memerlukan ide, masa, beserta penyusunan modul dan penyampaian yang lebih efektif dan strategik.

Memimpin perubahan menagih rekabentuk yang jelas dan inovatif, visi yang anjal, matlamat serta faktor penyokong yang holistik. Menyedari cabaran yang menanti, saya sebagai orang baharu diamanahkan memimpin perubahan di Pusat Islam, ingin saya berkongsi visi dan objektif Pusat Islam.

Visi kami adalah iaitu memangkin tamadun lestari.

Manakala objektif penubuhannya Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia adalah untuk:

  1. Menjadi pemangkin kepada pencapaian visi, misi dan aspirasi universiti
  2. Membentuk pelajar, staf dan masyarakat menjadi warga yang berilmu, beriman dan bertaqwa
  3. Menanam akhlak dan nilai-nilai sejagat berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, berintegrasi naqli dan aqli
  4. Melaksanakan prinsip Amal Makruf Nahi Munkar dengan hikmah
  5. Menyerlahkan keunggulan Islam dalam pendidikan dan penyelidikan yang berkualiti

Dengan halatuju yang jelas ini, saya mewakili Pusat Islam mengajak semua warga di luar sana, marilah bersama-sama Pusat Islam dalam saf yang lurus dan rapat, kita terus mengorak langkah dan maju menyokong padu misinya mengikut kemampuan dan kemahiran masing-masing. Semua kita di sini perlu menjadi penggerak perubahan (change makers) atau peserta aktif dalam aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan. Tidak hanya sebagai pemerhati dan komenter.

  • MASJID
  • WAQAF
  • ZAKAT

  • pendidikan
  • keilmuan
  • HELWA

MUTAKHIR

TINTA PENGARAH

TINTA PENGARAH

Pusat Islam Universiti Sains...

insta2   06  01    co    el    01    DD

___________________________________________________________________________________________________________________

Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang
Tel: 04-653 3910/3753 | Fax: 04-656 7732/656 1305 | icon admin edited