Bilik Tamu Pusat Islam

Pengenalan

Pusat Islam Universiti Sains Malaysia menyediakan perkhitmatan penyewaan bilik tamu untuk pelajar, staf dan orang ramai yang mengujungi Universiti Sains Malaysia atas urusan rasmi atau peribadi. Bilik tamu ini disediakan adalah untuk keselesaan tetamu yang datang ke USM. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik tidur berhawa dingin, bilik air, peti sejuk, televisyen dan kelengkapan yang lain. Lokasi bilik tamu adalah dalam kawasan masjid dan berdekatan dengan pintu keluar masuk kampus serta perhentian bas. Terdapat juga kedai makan, pasar mini dan kedai dobi yang terletak berhampiran.

Peraturan Menyewa

  • Penyewa berpasangan diminta menunjukkan surat nikal asal atau salinan atau kad nikah.
  • Tempahan perlu dibuat seminggu sebelum menginap.
  • Menjaga kebersihan bilik pada setiap masa.
  • Sila padam alatan elektrik sebelum keluar dari bilik.
  • Tidak dibenarkan membawa sebarang alatan elektrik masuk ke dalam bilik.
  • Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam bilik.
  • Berjemaah di Masjid Al Malik Khalid, USM adalah digalakan.
  • Pegawai Pusat Islam berhak membatalkan penginapan tuan/puan jika didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

 Kadar sewaan bilik tamu

Pin It