Tadika Pusat Islam

Tadika Pusat Islam

Pengenalan
Tadika Islam, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia ditubuhkan pada tahun 1984. Tujuan penubuhan adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan awal bagi anak-anak warga kampus dan juga anak-anak Qaryah Masjid al-Malik Khalid, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia.

Kemasukan Kanak-Kanak

TADIKA Islam menerima kemasukkan kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 6 tahun sahaja (mengikut tahun kelahiran). Keutamaan diberi kepada anak-anak staf dan pelajar USM juga terbuka kepada anak-anak qaryah Masjid al-Malik Khalid dan masyarakat sekitar yang berminat sekiranya terdapat kekosongan.

Objektif Yang Disasarkan Dalam Pembelajaran Di TADIKA:

Membimbing dan melatih kanak-kanak ke arah penghayatan hidup Islam melalui pengajaran dan permainan.
Membimbing melalui kaedah tematik bagi membina kemahiran awal membaca, menulis, melukis dan mengira melalui aktiviti dalam kelas dan luar kelas. Berdasarkan tema-tema tertentu kanak-kanak di bimbing mengembangkan potensi dan kemahiran mereka dari segi kognitif, efektif dan psikomotor.

Waktu Pembelajaran

TADIKA menyediakan dua sesi pembelajaran iaitu sesi pagi dan sesi petang:

Sesi pagi
Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Sesi petang
Isnin hingga Khamis : 2.00 petang hingga 5.30 petang
Jumaat : 2.45 petang hingga 5.30 petang

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 04-6535985, 2329 , Pejabat Unit Pendidikan Pusat Islam Universiti Sains Malaysia

Pin It