Program Persijilan Pengajian Islam (PPI)

Pengenalan

Pusat Islam Universiti Sains Malaysia memulakan Program Keilmuan secara rasminya pada tahun 2010. Pada permulaannya, Kelas pengajian Al-Quran dewasa diperkenalkan dan dihadiri seramai 30 orang peserta dari kalangan staf, mahasiswa dan masyarakat luar. Namun demikian, sambutan dari warga kampus dan masyarakat luar terhadap kelas pengajian tersebut amat memberangsangkan. Banyak pertambahan dari sudut bilangan pelajar dan kelas. Bagi mewujudkan budaya keilmuan yang berkesinambungan itu, Pusat Islam mewujudkan program Persijilan Pengajian Islam (PPI) khususnya bagi lepasan Kelas Pengajian al-Qur’an Dewasa. Skop ilmu yang ditawarkan melibatkan kombinasi ilmu-ilmu Usuluddin, Syariah, Pengajian al-Qur’an dan Bahasa Arab.

Selain itu juga kursus-kursus elektif seperti Tahz al-Quran, ilmu Falak dan Falsafah Sains Islam juga bakal diwujudkan. Pelajar-pelajar juga berpeluang mengikuti aktiviti- aktiviti keilmuan lain secara berkala yang dianjurkan oleh Pusat Islam seperti pengurusan jenazah, kursus imam dan khatib, penyembelihan serta lain-lain sebagai meningkatkan kemahiran diri. PPI menyediakan tenaga pengajar yang pakar dalam bidang masing-masing untuk memastikan pelajar menguasai sepenuhnya ilmu yang disampaikan dalam kuliah-kuliah sepanjang 4 semester pengajian. Untuk itu, Pusat Islam USM berbesar hati mengembangkan program persijilan ini ke seluruh IPT yang bernaung di bawah JAHEIS dan memberi sumbangan ilmu berterusan kepada masyarakat.

Objektif

  1. Menyedia ruang kepada warga kampus dan masyarakat untuk meningkatkan ilmu al-Quran dan pengajian Islam dengan mudah dan sistematik.
  2. Memberi informasi ilmu-ilmu Islam melalui pembelajaran kitab-kitab turath.
  3. Meningkatkan tahap ilmu serta kefahaman Islam kepada yang lebih baik.
  4. Merealisasikan Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan ilmu bercirikan Baitul Hikmah.
  5. Menambah penglibatan sosial Pusat Islam dengan warga kampus dan masyarakat.

Visi

Beriltizam untuk menjulang budaya tamadun ilmu dalam kalangan warga kampus dan masyarakat yang berkemahiran dalam disiplin ilmu-ilmu al-wahyu, profesional dan berilmu melalui program Persijilan Pengajian Islam sebagai pemangkin membina kegemilangan intelek ummah yang bertamadun.

01 Page 03a


01 Page 04a

Muat Turun

Syarat Umum 

Program ini diadakan selama 4 semester dan wajib diikuti oleh semua pelajar.Pelajar yang tidak hadir ke kelas selama tiga kali berturut turut atau tidak hadir ke kelas melebihi dari 5 kali tanpa surat dan sebab yang munasabah; tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Program ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu (tidak termasuk hari cuti perayaan). Masa : 8.30 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Bilik Seminar Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT), USM.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Pejabat (SEFSI)

Pn. Fadzilah Long
Tel : 04 6533884 

Ustaz Mohd Zamrus Hj. Mohd Ali
Tel : 04 6533779 / 019-4957097

Pin It