Kuliah Pengajian Al-Quran dan Tajwid (Dewasa)

Kuliah Pengajian  Al-Quran dan Tajwid (Dewasa)

IQRA' RENDAH, IQRA' MENENGAH, TAJWID RENDAH, TAJWID TINGGI, BAHASA AL-QURAN DAN  HAFAZAN, DAN TARANNUM

Objektif

  • Menyediakan medium pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an untuk warga kampus dan anggota qaryah
  • Memberi kemudahan kepada peserta mengikuti pengajian dalam waktu yang kondusif
  • Menambah bilangan warga yang mahir dalam ilmu-ilmu al-Qur’an

Penyertaan

Pengajian terbuka kepada warga kampus dan masyarakat umum berumur 18 tahun ke atas serta mengikut syarat yang ditetapkan mengikut peringkat-peringkat kelas.

Syarat-syarat

KELAS IQRA' RENDAH

  • Tiada asas huruf, keliru sebutan, tanda-tanda bacaan dan waqaf. Kurang mahir sebutan, mahraj dan bacaan

KELAS IQRA' MENENGAH

  • Mahir asas huruf, boleh membaca al-quran tetapi tidak lancar. Kurang mahir sebutan mahraj dan bacaan.

KELAS TAJWID RENDAH

  • Dapat membaca al-Qur’an tetapi tidak lancar
  • Kurang mahir hukum tajwid

KELAS TAJWID TINGGI

  • Dapat membaca al-Qur’an dengan baik tanpa bimbingan
  • Mengenali hukum-hukum tajwid

KELAS TALAQQI RENDAH

  • Mengenal tajwid dengan baik
  • Sudah menguasai huruf dan baris
  • Sudah tamat kleas iqra

KELAS TALAQQI MENENGAH

  • Mengenal tajwid dengan sangat baik
  • Dapat membaca dengan  baik

KELAS BAHASA AL-QURAN DAN HAFAZAN

  • Mengenal asas bahasa arab dalam al-quran
  • Mengenali hukum-hukum tajwid dengan baik
  • Mampu membaca al-Qur’an tanpa bimbingan
  • Mampu menghafal ayat al-Qur’an

KELAS TARANNUM

  • Mengenali hukum-hukum tajwid dengan baik
  • Mampu membaca al-Qur’an tanpa bimbingan

 TENAGA PENGAJAR

  • Tenaga Pengajar terdiri daripada guru-guru yang berkemahiran dan berpengalaman luas dalam pengajaran al-Qur’an
Pin It