Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)

KAFA DARUL QURAN  PUSAT ISLAM 

PENGENALAN

Sejarah penubuhan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Darul Quran, Pusat Islam Universiti Sains  Malaysia bermula pada tahun 1983. Pada ketika itu kelas KAFA dikenali sebagai Kelas al-Quran dan Tajwid.  Tujuan penubuhan adalah bagi memenuhi keperluan pendidikan fardhu ain dan al-quran kepada anak-anak warga kampus serta anak-anak qaryah masjid al-malik khalid, Pusat Islam USM.

WAKTU PENGAJIAN

Sesi  Pagi               : Isnin hingga Jumaat
                                 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Sesi Petang           :  Isnin hingga Khamis
                                 2.30 petang hingga 5.30 petang

                               : Jumaat
                                 2.45 petang hingga 5.30 petang

KEMASUKAN PELAJAR

Menerima kemasukan pelajar sekolah rendah bermula dari tahun satu hingga tahun enam

KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Pihak TADIKA berhak untuk tidak menerima pelajar yang mempunyai masalah keperluan khas seperti Autisme, Sindrom Down,
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Disleksia dan lain-lain yang boleh mengganggu tumpuan guru dan pelajar lain di dalam kelas.

KADAR YURAN

Yuran pendaftaran bagi setiap pelajar adalah sebanyak RM 40.00. (Yuran ini perlu dijelaskan mengikut bulan kemasukan pelajar).
Yuran bulanan bagi setiap pelajar adalah sebanyak RM 25.00 . (Yuran ini perlu dibayar setiap bulan).

Pin It