REBUT LIMA PERKARA SEBELUM TIBA LIMA PERKARA

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ خَبِيرٌ بِمَا   تَعْمَلُونَ. وَلا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ. ) الحشر18-19(

Maksudnya:

“Wahai orang yang beriman!  Bertakwalah kepada Allah;  Renung dan fikirkanlah apakah yang dibekalan yang telah disediakan untuk hari esok. Bertaqwalah kepada Allah,  sesungguhnya Allah amat mengetahui setiap perbuatan yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan Allah,  lalu Allah menjadikan mereka lupa pada diri mereka. Mereka itulah orang yang fasiq. (Al-Hasyr, 59:18-19)

وَقَالَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: حَاسِبُوْا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوْا، وَزِنُوْهَا قَبْلَ أَنْ تُوْزَنُوْا، فَإِنَّ أَهْوَنَ عَلَيْكُمْ فِي الْحِسَابِ غَداً أَنْ تُحَاسَبُوْا أَنْفُسُكُمُ الْيَوْمَ، وَتُزَيِّنُوْا لِلْعَرَضِ اْلأَكْبَرِ، يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُوْنَ لاَ تُخْفَى مِنْكُمْ خَافِيَةٌ.

Sayyidina Umar Ibn al-Khattab RA berkata:

“Nilailah diri kamu sebelum ia dinilai (oleh Allah pada hari akhirat kelak), timbanglah ia sebelum ia ditimbang (oleh Allah pada hari perhitungan kelak), hitunglah diri kamu pada hari ini (iaitu ketika masih hidup di dunia ini), pasti lebih mudah bagi kamu untuk menghitung pada hari esok (yakni hari akhirat). Berhiaslah (dengan perhiasan iman dan taqwa) sebagai persiapan untuk hari kebangkitan yang sungguh dahsyat dan mendebarkan), hari itu kamu dibangkitkan dalam keadaan tidak berpakaian.

Pin It