Di Manakah Kita Selepas Sudah Ramadhan?

12 Julai 2018M bersamaan 28 Syawal 1439H - "Persediaan para sahabat untuk menyambut Ramadhan adalah 6 bulan sebelumnya, dan 6 bulan seterusnya selepas Ramadhan para sahabat tidak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar segala ibadah yang mereka jalankan sepanjang bulan yang mulia itu diberkati," begitulah betapa gigihnya para sahabat Rasulullah SAW dalam usaha menjaga ruh pahala dan berkat di bulan Ramadhan.

Begitulah antara pesanan yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Pahrol Md Juoi semasa sesi Ceramah Perdana yang diberi tajuk "Istiqamah Pasca Ramadhan" pada Khamis, 12 Julai 2018 di Masjlid Al-Malik Khalid, USM Pulau Pinang.

Selain itu, beliau turut menerangkan tentang tanda-tanda puasa yang berkesan, perbandingan baik mengenai amalan ibadah semasa bulan Ramadhan dengan aktiviti kehidupan seharian dan aktiviti di tempat kerja dan banyak lagi.

Majlis ilmu ini dihadiri oleh warga USM juga qaryah dari kawasan sekitar. Sesungguhnya semua yang menghadiri majlis ilmu ini mendapat manfaat yang banyak. Majlis disudahi dengan bacaan doa selamat untuk warga staf USM yang bakal menjalani ibadah haji untuk tahun 1439H yang dibimbing oleh YBhg Ustaz Zayd Zhari, Pegawai Hal Ehwal Islam USM & penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh YBhg Ustaz Mohammad Shukri Osman, Pemangku Pengarah Pusat Islam USM.

 

Usai majlis ilmu Ceramah Perdana "Istiqamah Pasca Ramadhan" oleh YBhg. Ustaz Pahrol Md Juoi,  semua tetamu dijemput untuk menikmati Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang disajikan di perkarangan Masjid Al Malik Khalid,  USM. 

Disediakan oleh Jumizah Samsudin.

Pin It