BENGKEL WANITA IDAMAN ANJURAN HELWA PUSAT ISLAM 2017

IMG 9846

PULAU PINANG, 26 Januari 2017 – “Taqwa Hati Cerminan Peribadi” menjadi tema pembukaan program pertama Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tahun 2017 yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Wanita (HELWA) Pusat Islam USM. Program Bengkel Wanita Idaman yang menampilkan Ustazah Che Nazrah Yusof, penceramah Radio Kedah fm dan juga Puan Raihan Abdul Rahman, perunding dan jurulatih imej Awaken Training and Consultancy Sdn Bhd.

Bengkel kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga memenuhi  Dewan Budaya USM yang boleh memuatkan sekitar kira-kira 500 orang. Bengkel ini terbuka kepada wanita sahaja dan dihadiri oleh para staf USM, jabatan dan agensi luar, serta masyarakat setempat.

Sambutan yang amat memberansangkan membolehkan  objektif program tersebut tercapai. Antaranya adalah para peserta yang hadir dapat mengetahui kesan langsung penampilan terhadap imej dan jati diri muslimah yang bertaqwa dan berpekerti mulia serta menyedari kesilapan-kesilapan dalam imej diri yang boleh memusnahkan imej dan maruah diri. 

Pada sesi  ceramah, Ustazah Nazrah menekankan imej dalaman yang baik selain daripada penampilan luar yang juga harus dijaga sebagai seorang Muslimah yang beriman.  Dalam sesi Bengkel Keterampilan Diri  yang dikendalikan oleh Puan Raihan pula,  diajarkan tentang kod dan fesyen pakaian yang tepat mengikut majlis dan masa tertentu seperti korporat, formal, separuh formal dan santai. Program sebegini memberi pendedahan kepada wanita Islam yang mementingkan fesyen dalam kehidupan mereka tanpa melampui batas yang telah ditetapkan oleh syarak.

IMG 9833

 

Disediakan oleh : Nukman Ahmad Zakir

 

 

 

Pin It