MAJLIS PENYERAHAN DOKUMEN DAN TUGAS JAWATANKUASA HAL EHWAL ISLAM INSTITUT PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

PULAU PINANG, 18 Januari 2017 - Majlis ini diadakan bagi menyerahkan semua dokumen dan tugasan daripada pihak Pusat Islam Universiti Sain Malaysia (USM) kepada pihak Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah dilantik menjadi Pengerusi JAHEIS yang baru pada November 2016.

jaheis 2

Turut hadir bersama mantan Pengerusi JAHEIS yang juga merupakan Mantan Pengarah Pusat USM, YBhg. Prof Dato Muhammad Idiris Saleh untuk memberikan penerangan latar belakang penubuhan JAHEIS dan memberiikan mandat kepada Pengerusi JAHEIS yang baru iaitu Prof Madya Dr Aminuddin Ruskam, Pengarah Pusat Islam UTM.

jaheis 4

Antara harapan besar yang ditegaskan oleh Prof Dato Muhammad Idiris Saleh dalam peralihan tugas ini adalah untuk meneruskan matlamat utama penubuhan JAHEIS iaitu menubuhkan Majlis Hal Ehwal Islam IPT Malaysia (MAHEIS) agar ia dapat berdiri sendiri dalam menyentuh hal ehwal Islam di dalam IPT dan memainkan peranan yang besar dalam membangunkan ummat Islam di Malaysia secara umum. Majlis Penyerahan Dokumen dan Tugas JAHEIS ini dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Sofri Yahaya, Pengarah Pusat Islam USM.

jaheis 2

Teks dan foto:
Nukman Ahmad Zakir

Pin It