HARI PERTAMA RAMADAN

PULAU PINANG, 6 Jun 2016 - Suasana di sekitar Masjid al-Malik Khalid, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) kelihatan meriah dan ceria dengan khemah iftar yang mula dipasang sejak dua hari yang lalu. Persekitaran masjid juga dihiasi dengan banting yang memuatkan info berkaitan kelebihan bulan Ramadan dan fadilat menaja orang berbuka puasa. Pada hari ini juga bermula program iftar yang dijangka akan dihadiri lebih daripada 1500 orang yang akan datang berbuka puasa setiap hari di Pusat Islam USM. Sukarelawan daripada kalangan warga kampus dan masyarakat sekitar turut membantu dalam penyediakan juadah berbuka puasa sejak awal pagi lagi sehingga lewat petang. Jawatankuasa Aktiviti Ramadan juga mengedarkan bubur kanji kepada jemaah selepas menunaikan solat Asar.

1

 

2

Jemaah yang hadir menunaikan solat Zuhur di Masjid al-Malik Khalid pada hari ini turut berpeluang mendengar bicara sulung Ramadan daripada Y. Bhg. Profesor Dato' Dr. Omar Osman, Naib Canselor USM. Membuka tirai Ramadan tahun ini, beliau menjelaskan bahawa Ramadan yang berteraskan kepada ketaqwaan dan kesyukuran bukan sahaja dengan mendidik hati dan diri kita tentang erti lapar dan dahaga, erti menghargai nasib mereka yang yang hidup serba kurang dan amat sederhana, mendidik tentang mengawal nafsu dari melakukan hal-hal yang bertentangan dengan syariat malah mendidik jiwa untuk melihat apa yang boleh kita jadikan bekalan ke hari-hari abadi kita. Kita sedar betapa dalam ketaqwaan itu, Allah SWT melihat dan menjadi saksi terhadap apa yang kita lakukan dan apa yang kita fikirkan, apa yang kita niatkan dan apa yang sebenarnya kita benar-benar sumbangkan ke jalan Allah SWT. 

3

Sejam menjelang waktu berbuka, orang ramai yang kebanyakan terdiri daripada pelajar USM mula beratur untuk mengambil juadah berbuka puasa dengan daging masak kicap dan dalca daging menjadi menu pilihan untuk hari pertama.

4 

5

Pin It