MAJLIS PERSARAAN DAN PERPISAHAN GURU KAFA PUSAT ISLAM USM

PULAU PINANG, 17 Mei 2016 - Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini meraikan majlis perpisahan dan persaraan tiga orang guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Darul Quran Pusat Islam USM. Pengarah Pusat Islam USM, Y. Bhg. Dato' Profesor Muhammad Idiris Salleh, turut meluangkan masa untuk bersama-sama warga Pusat Islam meraikan Ustazah Ku Badrishah Ku Man dan Ustazah Noraini Hodari yang bersara. Manakala Ustazah Zalifah Dali, ibu kepada Tahfiz Muda Iman terpaksa berhenti untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya barunya.

majlis perpisahan kafa 3

 

majlis perpisahan kafa 5

Ketiga-tiga mereka telah memberikan sumbangan yang amat besar terhadap pencapaian dan kemajuan KAFA Darul Quran semenjak ia diasaskan sehingga berjaya melahirkan ramai anak-anak pelajar yang mahir membaca al-Quran. Turut hadir ialah Tuan Haji Md Yusof Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM merangkap Pengerusi KAFA Darul Quran Pusat Islam, Puan Hajah Rohayati Daud, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Islam USM, para pegawai, staf Pusat Islam dan guru KAFA Darul Quran.

majlis perpisahan kafa ustazah ku

Sebagai tanda penghargaan atas jasa bakti yang ditaburkan selama, Pusat Islam dan Jawatankuasa KAFA Darul Quran menghadiahkan sebentuk cincin kepada Ustazah Ku Badrishah Ku Man dan Ustazah Noraini Hodari. 

majlis perpisahan kafa 2

 

majlis perpisahan kafa 4

Majlis juga turut meraikan barisan guru baru iaitu Ustaz Muhammad Khair Faizal, Ustaz Mohamad Hafiz Ismail dan Ustaz Mohammad Sufi Alias yang bakal meneruskan legasi kecemerlangan guru-guru yang telah bersara dan berhenti.

Teks : Nazrul Hassan

 

Pin It