KERJASAMA PUSAT ISLAM DAN JABATAN MUFTI PERKASA PPI

PULAU PINANG, 12 April 2016 – Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang selaku Penasihat Persijilan Pengajian Islam Pusat Islam USM (PPI) yang ke 2. Kunjungan ini adalah yang pertama sejak Y. Berbahagia Sahibus al-Samahah Dato’ Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor menggantikan Y. Berbahagia Sahibus al-Samahah  Datuk Seri Hassan Ahmad, penasihat PPI yang pertama.

jabatan mufti

Kunjungan ini diketuai oleh Pengarah Pusat Islam USM, Y. Bhg. Dato’ Profesor Muhammad Idiris Salleh dan turut disertai oleh beberapa pegawai kanan dan staf Pusat Islam USM. Tujuan kunjungan ini adalah untuk memperkasakan PPI yang ditubuhkan pada tahun 2013 dengan 23 orang pelajar sahaja. Pertemuan ini mencapai beberapa persetujuan dan kerjasama antara Pusat Islam dan Jabatan Mufti Pulau Pinang untuk membawa Sijil PPI Pusat Islam USM ke tahap yang lebih tinggi dan memperkasakan Modul PPI. Turut disentuh dalam pertemuan ringkas itu adalah strategi menambah bilang pelajar dan hala tuju graduan PPI. Program PPI kini mendapat sambutan menggalakan daripada warga kampus dan masyarakat yang ingin mendalami pengajian Islam secara akademik dan mirip pengajian di universiti.

Teks : Nazrul Hassan

Pin It