PELAJAR JEPUN MELAWAT PUSAT ISLAM

PULAU PINANG, 15 Mac 2016 - Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) terus menjadi tarikan dan tumpuan para pelajar matahari terbit untuk mengenali budaya dan kehidupan umat Islam dengan lebih dekat.

JEPUN 1

Baru-baru ini, seramai 14 orang pelajar Jepun yang sedang mengikut lawatan sambil belajar ke USM meluangkan masa kira-kira sejam untuk melawat Pusat Islam USM. Kunjungan ini disambut oleh Pengarah Pusat Islam USM dan beberapa pegawai Pusat Islam bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Islam USM.

JEPUN 2

Pengarah Pusat Islam USM, Y. Bhg. Dato Profesor Muhammad Idiris Salleh dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan mereka ke Pusat Islam USM. Pertemuan ringkas itu diisi dengan taaruf ringkas dan penerangan berhubung peranan serta operasi Pusat Islam USM. Lawatan itu lebih bermakna apabila ketua rombongan pelajar Jepun tersebut adalah seorang muslim sejak 8 tahun yang lalu.

JEPUN 4

Beliau yang juga fasih berbahasa Melayu Indonesia, bertindak sebagai penterjemah kepada rakan-rakannya. Selesai pertemuan, mereka dibawa melihat kompleks Masjid al-Malik Khalid dan sekitar Pusat Islam oleh Ustaz Zayd Zhari, Penolong Pengarah Kanan Pusat Islam USM. Sebagai cenderahati, Pusat Islam menghadiah buku Discover Quran kepada semua ahli rombongan. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah II Puan Hajah Rohayati Daud, Ustaz Mohd Zamrus Mohd Ali, Ustaz Nazrul Hassan dan Ustazah Nor Fadhilah Wahab. 

JEPUN 5

Pin It